ARTIKEL 1: Laporan Trends of
International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) 2015
Ulasan:
Laporan ini melaporkan
tentang penyertaan Malaysia dalam TIMSS kali ke lima pada tahun 2015. Laporan
ini menerangkan realiti pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa.
TIMSS dan PISA merupakan pentaksiran pembelajaran peringkat antarabangsa yang
djalankan empat tahun sekali. International
Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) menawarkan 3 kajian iaitu TIMSS
gred 4, TIMSS Gred 8 dan TIMSS Advanced. Malaysia hanya memilih untuk menyertai
TIMSS Gred 8 yang disertai oleh murid tingkatan Dua. Kajian TIMSS hanya
menfokuskan subjek sains dan matematik sahaja. Instrumen kajian ialah buku
ujian (sains dan matematik) dan soal selidik (murid, guru matematik dan sains
serta pentadbir sekolah). Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS dengan hasrat
untuk melihat keberkesanan pembelajaran sains dan matematik dalam kalangan
murid Malaysia dengan negara lain. Sampel dipilih secara rawak yang terdiri
daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah
Menengah Agama dan Sekolah Menengah Swasta. Malaysia
berada di tempat ke 22 dalam pencapaian matematik dengan mata perolehan 465
manakala sains berada di tangga yang ke 24 dengan 471 mata pencapaian.
Pencapaian ini menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2011 dimana mata
sains dan matematik ialah 426 dan 440. Kajian ini juga menerangkan kedudukan
negara dalam penandaarasan antarabangsa dimana terdapat empat skala pengukuran iaitu Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi,
Penandaarasan Antarabangsa Tinggi, Penandaarasan Antarabangsa Sederhana dan
Penandaarasan Antarabangsa Rendah. 31% murid Malaysia yang berada di
Penandaarasan Antarabangsa Rendah, 27% berada di Penandaarasan
Antarabangsa Sederhana, 15% berada di Penandaarasan Antarabangsa Tinggi dan 3 %
yang berada di Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi dalam subjek matematik
sahaja. Kesimpulannya, 58 % pelajar di tahap rendah dan sederhana dan 18%
pelajar berada di tahap tinggi dan tertinggi. Laporan ini juga menerangkan
factor pencapaian dan inisiatif KPM dalam meningkatkan pencapaian dalam TIMSS.
ISU TIMSS dan PISA
ARTIKEL 2: The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections to TIMSS
Ulasan:
Artikel ini menerangkan bahawa persembahan pelajar singapura merangkul tempat pertama dalam TIMSS mempunyai kaitan dengan kurikulum matematik singapura dan hubungannya. Artikel ini juga mendedahkan tentang system pendidikan di singapura dan komponen penting dalam Singapore Mathematics Curriculum Framework (SMCF). Artikel ini juga menerangkan kebaikan dan kelemahan SMCF. Menurut penyelidik SMCF wajar dikaji kerana 3 sebab iaitu;
1. Pelajar gred 8 singapura merupakan ‘top performer’ di seluruh dunia dalam kajian yang dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) from 1995 to 2003.
2. Singapura melaksanakan kurikulum yang berbeza bagi setiap kumpulan pelajar yang berbeza tahap kebolehan seperti Belgium (Flemish), Netherlands dan Russian Federation
3. SMCF sentiasa dipantau dan dilaksanakan oleh guru-guru yang terlatih dan kebanyakan daripada mereka adalah pakar subjek.
Model pentagon SMCF menekankan pengajaran kandungan, proses dan aspek yang berkesan dalam pembelajaran matematik.
Analisis menunjukkan faktor yang mempengaruhi persembahan pelajar
1. 75% pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran.
2. 39% (kategori tinggi) Pelajar yang mempunyai keyakinan diri dalam pembelajaran matematik
3. 63% pelajar mempunyai nilai yang tinggi terhadap matematik.
4. inspirasi pengajian tinggi (56% ingin mendapat ijazah)
5. masa yang dihabiskan untuk menyiapkan kerja rumah (89% dalam kategori sederhana dan tinggi).
6. sumber mudah diperolehi (88% pelajar dalam kategori tinggi).
7. persekitaran sekolah yang selamat (oleh 91% guru)
8. kurikulum yang berbeza sesuai dengan kemampuan pelajar
9. topik TIMSS yang dikuasai meliputi 80% kurikulum sekolah
10. pemantauan kurikulum matematik yang teliti oleh kementerian.
ARTIKEL 3: Validating the Interpretations of PISA and TIMSS Tasks: A
Rating Study
Ulasan:
Artikel ini menerangkan secara
terperinci dan menilai kesahan soalan PISA dan TIMSS. Dalam kajian ini, 12 set
ujian PISA dan TIMSS yang melibatkan pembacaan, matematik, sains dan peneylesaian
masalah dinilai oleh 34 guru dan 33 pelajar psikologi dari segi tahap
kesukaran, rujukan kurikulum, pengetahuan lawan pemikiran, kebolehan membaca,
kebolehan verbal, kompetensi matematik, kompetensi sains, penyelesaian masalah,
sebab, pengetahuan am dan kepintaran. Kajian ini membuat anggaran bahawa
kepintaran adalah sangat penting dalam menyelesaikan soalan PISA berbanding
TIMSS. Strategi penyelesaian soalan PISA memerlukan kemahiran berfikir
berbanding aplikasi pengetahuan berbeza dengan soalan TIMSS yang memerlukan
aplikasi pengetahuan yang lebih berbanding kemahiran berfikir. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa soalan TIMSS adalah lebih spesifik berbanding PISA dan
lebih berkait dengan pengetahuan yang berkaitan dalam kurikulum. Analisis soalan
PISA menunjukkan tahap kesukaran dan lebih kompleks berbanding soalan TIMSS. TIMSS
dinilai sebagai soalan yang memerlukan pengetahuan, aplikasi dan lebih spesifik
berbanding soalan PISA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan