Ahad, 14 Mei 2017

ISU PENSIJILAN GURU

ARTIKEL 1: PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH

Ulasan:

Artikel ini menerangkan tentang pengaruh kelayakan guru ke atas efikasi guru-guru sekolah menengah. Tujuannya adalah untuk menentukan pengaruh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru di kalangan guru-guru mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding guru-guru keluaran program lain. Manakala guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang telah melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru-guru yang kurang berpengalaman. Dapatan kajian yang diperoleh mengenai pengaruh faktor-faktor kelayakan guru ke atas kepercayaan efikasi guru membolehkan kalangan pentadbir dan penyelidik mempelajari serta memahami pola perbezaan efikasi di kalangan guru-guru sekolah menengah. Namun, dapatan kajian terikat dengan tiga faktor teknikal kajian iaitu reka bentuk persampelan, jenis data dan lokasi kajian.


ARTIKEL 2: CABARAN GURU SANDARAN TERLATIH DI SEKOLAH
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru sandaran terlatih (GST) di sekolah. Guru Sandaran Terlatih (GST) menghadapi pelbagai cabaran terutamanya seorang guru yang baru di tempatkan di sesebuah sekolah. Kajian ini menfokuskan tinjauan cabaran yang dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan Temu bual, pemerhatian dan catatan buku rekod dijalankan lima bulan pertama GST berada di sekolah. Cabaran utama yang dihadapi oleh GST ialah perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan penerimaan komuniti sekolah. Dapatan kajian ini mendapati GST tidak bersedia apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan, mengajar kelas berorientasikan peperiksaan. Semua GST didapati tidak mempunyai pengetahuan dan tidak berminat apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Tetapi GST didapati mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menunjukkan pretasi yang membanggakan dalam pengurusan aktiviti sekolah.

ARTIKEL 3: Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
Pautan artikel 3: http://eprints.utm.my/13477/

Ulasan:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah seperti tahap kesediaan guru dari segi penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan diri mereka untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini juga mengukur tahap kompetensi guru dengan tahap penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan bahan bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen). Selain itu, tiada perbezaan yang signifikan antara faktor penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut jantina dan perbezaan antara faktor penggunaan bahasa Ingeris guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengalaman mengajar, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar. Manakala, terdapatnya perbezaan kaedah pengajaran guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen). Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil inisiatif untuk meningkatkan kompetensi guru-guru dengan mengadakan kursus ataupun bengkel bagi meningkatkan penggunaan dan penguasan bahasa Inggeris guru yang mengajar matapelajaran sains dan matematik. guru perlu mempunyai fikiran yang positif dan sanggup mengikuti bengkel-bengkel yang diadakan untuk meningkatkan tahap kompetensi pengajaran sains dan matematik mereka berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan