ARTIKEL 1: Integrasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Ulasan:
Artikel ini membincangkan kelebihan integrasi teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Pelajar akan belajar menggunakan
TMK mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Bidang
pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Keperluan dan penggunaan TMK dalam sistem pendidikan
tidak dapat dinafikan lagi kelebihannya dan telah banyak dibuktikan dalam
kajian-kajian lepas. Artikel ini juga menyenaraikan strategi mengintegrasikan
teknologi dalam pendidikan iaitu guru memainkan peranan, pengubahsuaian
kurikulum era internet, Pihak sekolah mengawal segala laman-laman web yang
tidak berkenaan, meningkatkan penggunaan
komputer di kalangan guru, penyediaan kemudahan komputer di sekolah, dan
penggunaan pelbagai perkhidmatan luar. Artikel ini juga menyenaraikan
masalah-masalah yang dihadapi dalam mengintegrasikan TMK dalam pendidikan a)
kepakaran guru yang terhad, b) kekurangan khidmat sokongan c) masalah isi
kandungan dalam internet, d) masalah hakcipta, dan e) keperluan untuk menambah
akses internet.
ARTIKEL 2: Persepsi dan amalan
pengajaran guru matematik pengenalan dalam penyelesaian masalah algebra
Ulasan:
Kaedah pengajaran penyelesaian masalah juga sering
digunakan oleh guru dalam masalah Penyelesaian Masalah Algebra (PMA). Kajian ini
telah mengkaji dan mengenal pasti persepsi dan amalan guru terhadap pengajaran
dan pembelajaran PMA di sekolah menengah Malaysia. Seramai 18 orang guru
matematik dipilih dan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bagi pengumpulan
data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap pengajaran
PMA di sekolah adalah penting dan utama dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Mereka juga berpendapat, konsep algebra perlu diajar dengan cara
yang berkesan agar mudah difahami pelajar. Kebanyakan guru didapati mengamalkan
pengajaran menggunakan model Polya yang melibatkan empat langkah dalam
pengajaran PMA untuk menyelesaikan masalah matematik. Walau bagaimanapun,
terdapat strategi baru yang mereka terokai bersama guru matematik lain seperti
kaedah praktikal dan simulasi. Guru juga percaya pengajaran PMA ini mampu untuk
memupuk pelajar berfikir pada aras yang tinggi. Kesimpulannya, amalan
pengajaran yang dipamerkan oleh guru sangat penting dalam membantu pelajar mengukuhkan
dan meningkatkan kemahiran pembelajaran PMA. Pelajar juga perlu memahami konsep
terlebih dahulu dahulu sebelum menyelesaikan soalan aplikasi seperti
penyelesaian masalah.
ARTIKEL 3: Penyelesaian Masalah bagi
persamaan serentak menggunakan perisian Excel dalam kalangan murid Tingkatan
Empat
Ulasan:
Kajian kes ini merupakan kajian yang menggunakan dua
kaedah pengajaran secara serentak iaitu penyelesaian matematik dan TMK. Kajian
ini telah mengenal pasti cara murid tingkatan empat menyelesaikan masalah
persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Dua aspek telah diberi tumpuan
bagi menjawab persoalan kajian iaitu proses dan strategi yang digunakan murid
untuk menyelesaikan masalah persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Data
dikumpul menggunakan Aktiviti Sebelum Menggunakan Excel, Aktiviti Selepas
Menggunakan Excel, temu bual dan catatan pengkaji. Proses penyelesaian masalah kajian
ini mencakupi empat fasa yang dicadangkan oleh Polya (1945) iaitu memahami
masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan perancangan dan semakan. Dapatan
kajian mendapati sebilangan murid melihat aktiviti penyelesaian masalah fokus
kepada mendapatkan jawapan akhir semata-mata tanpa mencari makna di setiap
jawapan tersebut dengan melakukan semak semula. Kajian juga menunjukkan murid
menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah dalam Aktiviti Selepas
Menggunakan Excel berbanding dengan aktiviti pra. kelebihan perisian Excel membantu murid menghubungkaitkan
antara sifat graf dengan penyelesaian persamaan serentak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan