ARTIKEL 1: Memperkasa
pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak- kanak : Kajian
kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA
Negara
Ulasan:
Artikel ini menerangkan kajian yang kebolehintegrasian
pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Kajian ini menerangkan secara
jelas tentang pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) dan PERMATA
Negara. Tujuan kajian adalah untuk menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM
kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska PERMATA dan Kurikulum PERMATA Negara. Kajian
ini juga mengkaji bahawa kesan pendidikan STEM terhadap kebolehan inkuiri,
penerokaan, rekacipta, refleksi, minat, komunikasi, dan kerjasama dalam
kalangan kanak-kanak yang terlibat. Sepuluh Modul STEM telah dibina dan
ditentusahkan oleh pendidik PERMATA dan penyelidik pakar bidang STEM sebelum
digunakan dalam sampel sebenar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan
terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, reflleksi, minat, dan
komunikasi serta semangat kerjasama kanak-kanak. Selain itu,guru yang menerima
latihan STEM menunjukkan peningkatan terhadap aspek pengetahuan, pemahaman,
kemahiran dan keyakinan diri pendidik melaksanakan STEM di taska.
Dapatan-dapatan ini memberi implikasi positif terhadap pelaksanaan STEM di
peringkat awal kanak-kanak. Kajian ini memberi cadangan agar Bahagian Permata
Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana perlu segera
mengintegrasikan STEM ke dalam kurikulum PERMATA dan menyediakan latihan
profesional STEM kepada pendidik-pendidik menerusi penubuhan Jawatankuasa
Pelaksana , penggubalan dasar-dasar yang sesuai , dan penglibatan. Dapatan kajian
ini memberi cadangan agar Kurikulum PERMATA Negara disemak semula dan
diintegrasikan pendidikan STEM untuk kanak-kanak 3-4 tahun.
ARTIKEL 2: Kajian
Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi
Malaysia
Ulasan:
Kajian ini menerangkan tentang penilaian
kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti
Teknologi Malaysia. Satu borang soal selidik dengan skala lima mata digunakan
untuk mengukur empat kategori model CIPP (contexts, input, process dan product).
Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan pelajaran, pengajaran dan
pembelajaran serta kepuasan pelajar. Nilai program, kandungan pelajaran, dan
kepuasan pelajar berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali aspek
pengajaran dan pembelajaran yang kurang memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan
masih terdapat usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan
menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan lebih memuaskan
pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah di mana ianya
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk
memastikan keadaan pembelajaran sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan
pelajar dan pensyarah.
ARTIKEL 3: Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi
Ulasan:
Artikel
ini menerangkan tentang Pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Proses pendidikan
yang berpanjangan akan mewujudkan sebuah ketamadunan yang megah dengan
berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan
modal insan memerlukan pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan,
kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga –
tiga komponen. Pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling berkaitan
antara satu sama lain. Pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap akan melahirkan
masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan
penciptaannya. Melihat kepada perkaitan ini, pengkaji membuat pengaplikasian
menerusi penerapanan konsep pendidikan bersepaduyang kemudiannya dilanjutkan
kepada proses pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat yang akan
membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran,
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai
konsep mengenal hakikat diri. Proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi
iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat memerlukan masa untuk mencapainya.
Proses ini memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai
Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan masyarakat. Kita
perlu sentiasa komited dan meneruskan usaha yang mendalam bagi menghasilkan
proses integrasi yang berkesan dan mencakupi seluruh aspek untuk membentuk
sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran,
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai
self-actualization.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan