Ahad, 14 Mei 2017

ISU PENSIJILAN GURU

ARTIKEL 1: PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH

Ulasan:

Artikel ini menerangkan tentang pengaruh kelayakan guru ke atas efikasi guru-guru sekolah menengah. Tujuannya adalah untuk menentukan pengaruh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru di kalangan guru-guru mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding guru-guru keluaran program lain. Manakala guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang telah melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru-guru yang kurang berpengalaman. Dapatan kajian yang diperoleh mengenai pengaruh faktor-faktor kelayakan guru ke atas kepercayaan efikasi guru membolehkan kalangan pentadbir dan penyelidik mempelajari serta memahami pola perbezaan efikasi di kalangan guru-guru sekolah menengah. Namun, dapatan kajian terikat dengan tiga faktor teknikal kajian iaitu reka bentuk persampelan, jenis data dan lokasi kajian.


ARTIKEL 2: CABARAN GURU SANDARAN TERLATIH DI SEKOLAH
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru sandaran terlatih (GST) di sekolah. Guru Sandaran Terlatih (GST) menghadapi pelbagai cabaran terutamanya seorang guru yang baru di tempatkan di sesebuah sekolah. Kajian ini menfokuskan tinjauan cabaran yang dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan Temu bual, pemerhatian dan catatan buku rekod dijalankan lima bulan pertama GST berada di sekolah. Cabaran utama yang dihadapi oleh GST ialah perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan penerimaan komuniti sekolah. Dapatan kajian ini mendapati GST tidak bersedia apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan, mengajar kelas berorientasikan peperiksaan. Semua GST didapati tidak mempunyai pengetahuan dan tidak berminat apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen. Tetapi GST didapati mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menunjukkan pretasi yang membanggakan dalam pengurusan aktiviti sekolah.

ARTIKEL 3: Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
Pautan artikel 3: http://eprints.utm.my/13477/

Ulasan:
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah seperti tahap kesediaan guru dari segi penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan diri mereka untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini juga mengukur tahap kompetensi guru dengan tahap penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penggunaan bahasa Inggeris dan penggunaan bahan bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen). Selain itu, tiada perbezaan yang signifikan antara faktor penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut jantina dan perbezaan antara faktor penggunaan bahasa Ingeris guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengalaman mengajar, kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar. Manakala, terdapatnya perbezaan kaedah pengajaran guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen). Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil inisiatif untuk meningkatkan kompetensi guru-guru dengan mengadakan kursus ataupun bengkel bagi meningkatkan penggunaan dan penguasan bahasa Inggeris guru yang mengajar matapelajaran sains dan matematik. guru perlu mempunyai fikiran yang positif dan sanggup mengikuti bengkel-bengkel yang diadakan untuk meningkatkan tahap kompetensi pengajaran sains dan matematik mereka berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris.

ISU KURIKULUM

ARTIKEL 1: Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak- kanak : Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara


Ulasan:

Artikel ini menerangkan kajian yang kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Kajian ini menerangkan secara jelas tentang pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) dan PERMATA Negara. Tujuan kajian adalah untuk menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska PERMATA dan Kurikulum PERMATA Negara. Kajian ini juga mengkaji bahawa kesan pendidikan STEM terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, refleksi, minat, komunikasi, dan kerjasama dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Sepuluh Modul STEM telah dibina dan ditentusahkan oleh pendidik PERMATA dan penyelidik pakar bidang STEM sebelum digunakan dalam sampel sebenar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, reflleksi, minat, dan komunikasi serta semangat kerjasama kanak-kanak. Selain itu,guru yang menerima latihan STEM menunjukkan peningkatan terhadap aspek pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan keyakinan diri pendidik melaksanakan STEM di taska. Dapatan-dapatan ini memberi implikasi positif terhadap pelaksanaan STEM di peringkat awal kanak-kanak. Kajian ini memberi cadangan agar Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana perlu segera mengintegrasikan STEM ke dalam kurikulum PERMATA dan menyediakan latihan profesional STEM kepada pendidik-pendidik menerusi penubuhan Jawatankuasa Pelaksana , penggubalan dasar-dasar yang sesuai , dan penglibatan. Dapatan kajian ini memberi cadangan agar Kurikulum PERMATA Negara disemak semula dan diintegrasikan pendidikan STEM untuk kanak-kanak 3-4 tahun.

ARTIKEL 2: Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia



Ulasan:
Kajian ini menerangkan tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Satu borang soal selidik dengan skala lima mata digunakan untuk mengukur empat kategori model CIPP (contexts, input, process dan product). Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar. Nilai program, kandungan pelajaran, dan kepuasan pelajar berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali aspek pengajaran dan pembelajaran yang kurang memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan masih terdapat usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan lebih memuaskan pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah di mana ianya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keadaan pembelajaran sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan pelajar dan pensyarah.

ARTIKEL 3: Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi


Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang Pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Proses pendidikan yang berpanjangan akan mewujudkan sebuah ketamadunan yang megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan memerlukan pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain. Pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap akan melahirkan masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaannya. Melihat kepada perkaitan ini, pengkaji membuat pengaplikasian menerusi penerapanan konsep pendidikan bersepaduyang kemudiannya dilanjutkan kepada proses pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat yang akan membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai konsep mengenal hakikat diri. Proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat memerlukan masa untuk mencapainya. Proses ini memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan masyarakat. Kita perlu sentiasa komited dan meneruskan usaha yang mendalam bagi menghasilkan proses integrasi yang berkesan dan mencakupi seluruh aspek untuk membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai self-actualization.

ISU PENTAKSIRAN

ARTIKEL 1: Penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS sekolah rendah

Pautan artikel 1:

Ulasan:

Artikel ini menerangkan tentang penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS di sekolah.  Artikel ini juga menerangkan pandangan guru terhadap pelaksanaan PBS. PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang menggantikan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang telah diamalkan sebelum ini.  Malaysia melaksanaan PBS agar sistem pendidikan dan pentaksiran pelajar semakin berkualiti dan segala kebijaksanaan dan pengalaman akan diamalkan mengikut peredaran masa yang terkini dalam persekitaran mereka. Setiap sistem yang diamalkan pasti mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Kelemahan PBS akan menjadi satu cabaran yang muncul dari masa ke masa. Kelemahan PBS yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk menolak pelaksanaan PBS tetapi perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian terhadap pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melaksanakan penambahanbaikan terhadap kelemahan yang telah dapat dikesan dalam pelaksanaan PBS ini. 

ARTIKEL 2: Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia

Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang amalan-amalan pentaksiran pembelajaran pelajar yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan yang dilakukan oleh guru-guru sekolah dalam mentaksir pembelajaran pelajar, membuat perbandingan amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sama ada sekolah rendah, sekolah menengah dan pra universiti dan amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran bahasa, Sains dan Matematik dan lain-lain mata pelajaran. Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang latar belakang guru, latihan dan pengetahuan pentaksiran guru serta amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. kajian ini juga memberikan cadangan untuk dijadikan rujukan bagi guru-guru dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar. Guru perlu memberi perhatian terhadap kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan dan mempunyai kemahiran pentaksiran bagi mengamalkan teknik pentaksiran dengan berkesan.

ARTIKEL 3: Pembinaan Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah Menengah


Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang pembinaan satu instrument yang diberi nama Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah Menengah. Instrument kajian dibina merangkumi dua komponen utama yang berdasarkan tinjauan literature iaitu: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran, sikap, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah instrument ini boleh digunakan kerana telah disahkan kebolehpercayaan dan kesahan menyebabkan instrument ini doleh diterima dan digunakan.

PETA MINDA ISU PENSIJILAN GURU



sila klik di sini untuk gambaran yang lebih jelas

PETA MINDA ISU KURIKULUM


sila klik di sini untuk gambaran yang lebih jelas

ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

ARTIKEL 1: Professional Teaching standards

Ulasan:
Artikel ini dikeluarkan oleh NSW Institute of Teachers pada tahun 2005 yang menjelaskan tentang kerangka standard pengajaran professional. standard pengajaran professional adalah satu kerangka yang dijadikan rujukan utama bagi seseorang guru dan menerangkan tentang apa yang boleh guru lakukan, menyediakan hala tuju dan struktur untuk menyokong persediaan guru dan pembangunan guru. Artikel ini menjelaskan 7 elemen dari kerangka standard pengajaran professional dan dikelaskan kepada tiga domain pengajaran iaitu pengetahuan professional, amalan professional dan komitmen profesional. Kerangka ini juga mempunyai key stages iaitu a) guru ijazah, b) kompetensi secara professional, c) pencapaian professional dan d) kepimpinan professional. Tujuh elemen yang ditekankan dalam artikel ini ialah
1.       Guru mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kaedah dan kandungan subjek yang diajar
2.       Guru mengetahui pelajar dan stail pembelajaran mereka
3.       Guru merancang, menilai, dan membuat laporan untuk pembelajaran yang efektif
4.       Guru berkomunikasi secara efektif dengan pelajar
5.       Guru menggunakan kemahiran mengurus kelas untuk melahirkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan mencabar
6.       Guru meningkatkan secara konsisten pengetahuan dan amalan professional

7.       Guru terlibat secara aktif dalam komuniti bidang profesion mereka




ARTIKEL 2: Teaching competencies Standards in Southeast Asian Countries

Ulasan: 


Ulasan:
Kajian ini menerangkan 5 domain standard pengajaran kompeten dalam Negara Asia Tenggara iaitu a) pengetahuan profesional, b) kemahiran profesional, c) ciri-ciri peribadi, d) standard etika dan nilai peribadi/ profesional dan e) pembangunan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat. Artikel ini juga menerangkan tentang gap dan isu yang berkaitan dalam kajian ini. Artikel ini juga menerangkan secara terperinci tentang penilaian dan sistem pendidikan di Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Kajian ini juga menyenaraikan 11 senarai kompetensi guru iaitu:

1. Membantu pembangunan kehidupan pelajar dan kemahiran kerjaya
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
3. Memudahkan pembelajaran
4. Menyediakan rancangan pelajaran yang sesuai dan selaras dengan visi sekolah dan misi
5. Membangunkan aras tinggi kemahiran berfikir (KBAT, HOTS)
6. Membangun dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM, BBM, TMK)
7. Meningkatkan nilai etika dan moral
8. Menilai prestasi pelajar
9. Penglibatkan dalam pembangunan profesional
10. Rangkaian dengan pihak berkait terutamanya dengan ibu bapa
11. Menguruskan kebajikan dan tugas pelajar

ARTIKEL 3: Standard kompetensi Guru malaysia
Ulasan:

Artikel ini menerangkan secara terperinci system pendidikan di Malaysia dan perlunya diwujudkan suatu standard kompetensi guru Malaysia. Standard kompetensi luar negara yang ada boleh dijadikan panduan tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan di Malaysia dengan mengambil kira faktor budaya dan agama. Objektif yang dicadangkan dalam Standard kompetensi guru Malaysia ialah 1) Mengenal pasti keperluan standard kompetensi dalam tugasan sebagai guru, 2) Mengenal pasti visi pengembangan tugasan guru, 3) Mengenal pasti kekuatan diri yang dapat membantu dalam tugasan sebagai guru, 4) Mengenal pasti kekurangan diri yang perlu dibaiki, 5) Meningkatkan usaha memotivasikan diri ke arah standard kompetensi, 6) Meningkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran, 7) Meningkatkan martabat profesion perguruan. Artikel ini juga menerangkan proses yang perlu dilalui oleh bakal guru untuk mendapat kelayakan sebagai guru. Standard ini mengutamakan empat perkara iaitu a) Pengetahuan professional (professional knowledge), b) Amalan Profesional (Professional Practice), c) Nilai Profesional
(Professional Values) dan d) Hubungan Profesional (Professional relationship)

TUGASAN1 ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL (PPT)

Pembentangan Isu standard Pengajaran Profesional PPT
sila tekan di sini untuk melihat slaid pembentangan


Five Principles of Extraordinary Math Teaching | Dan Finkel |


Aktiviti
https://drive.google.com/file/d/0Bye9p1csZlq7WVBoR3VGRWVRUXc/view?usp=sharingsila tekan di sini untik melihat aktiviti menarik trigonometry

ISU KAEDAH PENGAJARAN

ARTIKEL 1: Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Ulasan:

Artikel ini membincangkan kelebihan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Pelajar akan belajar menggunakan TMK mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keperluan dan penggunaan TMK dalam sistem pendidikan tidak dapat dinafikan lagi kelebihannya dan telah banyak dibuktikan dalam kajian-kajian lepas. Artikel ini juga menyenaraikan strategi mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan iaitu guru memainkan peranan, pengubahsuaian kurikulum era internet, Pihak sekolah mengawal segala laman-laman web yang tidak berkenaan,  meningkatkan penggunaan komputer di kalangan guru, penyediaan kemudahan komputer di sekolah, dan penggunaan pelbagai perkhidmatan luar. Artikel ini juga menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam mengintegrasikan TMK dalam pendidikan a) kepakaran guru yang terhad, b) kekurangan khidmat sokongan c) masalah isi kandungan dalam internet, d) masalah hakcipta, dan e) keperluan untuk menambah akses internet. 


ARTIKEL 2: Persepsi dan amalan pengajaran guru matematik pengenalan dalam penyelesaian masalah algebra

Ulasan:
Kaedah pengajaran penyelesaian masalah juga sering digunakan oleh guru dalam masalah Penyelesaian Masalah Algebra (PMA). Kajian ini telah mengkaji dan mengenal pasti persepsi dan amalan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran PMA di sekolah menengah Malaysia. Seramai 18 orang guru matematik dipilih dan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bagi pengumpulan data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap pengajaran PMA di sekolah adalah penting dan utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Mereka juga berpendapat, konsep algebra perlu diajar dengan cara yang berkesan agar mudah difahami pelajar. Kebanyakan guru didapati mengamalkan pengajaran menggunakan model Polya yang melibatkan empat langkah dalam pengajaran PMA untuk menyelesaikan masalah matematik. Walau bagaimanapun, terdapat strategi baru yang mereka terokai bersama guru matematik lain seperti kaedah praktikal dan simulasi. Guru juga percaya pengajaran PMA ini mampu untuk memupuk pelajar berfikir pada aras yang tinggi. Kesimpulannya, amalan pengajaran yang dipamerkan oleh guru sangat penting dalam membantu pelajar mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran pembelajaran PMA. Pelajar juga perlu memahami konsep terlebih dahulu dahulu sebelum menyelesaikan soalan aplikasi seperti penyelesaian masalah. 


ARTIKEL 3: Penyelesaian Masalah bagi persamaan serentak menggunakan perisian Excel dalam kalangan murid Tingkatan Empat
Ulasan:

Kajian kes ini merupakan kajian yang menggunakan dua kaedah pengajaran secara serentak iaitu penyelesaian matematik dan TMK. Kajian ini telah mengenal pasti cara murid tingkatan empat menyelesaikan masalah persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Dua aspek telah diberi tumpuan bagi menjawab persoalan kajian iaitu proses dan strategi yang digunakan murid untuk menyelesaikan masalah persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Data dikumpul menggunakan Aktiviti Sebelum Menggunakan Excel, Aktiviti Selepas Menggunakan Excel, temu bual dan catatan pengkaji. Proses penyelesaian masalah kajian ini mencakupi empat fasa yang dicadangkan oleh Polya (1945) iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan perancangan dan semakan. Dapatan kajian mendapati sebilangan murid melihat aktiviti penyelesaian masalah fokus kepada mendapatkan jawapan akhir semata-mata tanpa mencari makna di setiap jawapan tersebut dengan melakukan semak semula. Kajian juga menunjukkan murid menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah dalam Aktiviti Selepas Menggunakan Excel berbanding dengan aktiviti pra. kelebihan perisian Excel membantu murid menghubungkaitkan antara sifat graf dengan penyelesaian persamaan serentak.

ISU BAHASA PENGANTAR

ARTIKEL 1: Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP)

Ulasan:

Artikel ini menerangkan Dual Language Programme (DLP) secara terperinci dan panduan melaksanakannya di sekolah. Garis panduan DLP ini dibina dengan tujuan segala urusan pelaksanaan DLP lebih teratur, seragam, cekap dan berkesan. DLP merupakan salah satu inisiatif dalam mencapai Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). DLP merupakan satu program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kriteria sekolah yang ingin melaksanakan DLP perlu a) mempunyai sumber yang mencukupi, b) Pengetua/Guru Besar/Guru bersedia untuk melaksanakan DLP, c) Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa, dan d) Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tugasan DLP akan diagihkan kepada beberapa golongan iaitu a) Pengetua / Guru Besar (PGB), b) PPD, c) JPN, d) Guru, e) ibu bapa dan f) PIBG.

ARTIKEL 2: The preparation of Malaysian teachers in implementing of teaching and learning of Mathematics and Science in English

Ulasan:
Artikel ini menerangkan kajian yang dijalankan semasa perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak tahun 2003 sebelum dimansuhkan pada tahun 2012. Bahasa pengantar menggunakan bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik. Perlaksanaan PPSMI memerlukan guru yang bersedia  secara profesional untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini membuat kajian terhadap persepsi guru sains dan matematik dalam usaham persediaan profesional.  Satu instrumen yang diberi nama “Teachers Perception Towards the Professional Preparation to Teach Mathematics/Science in English” dibina dan diuji dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan latihan pra-perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan adalah mencukupi sebagai persediaan profesional mereka. Walau bagaimanapun, guru-guru mengakui perlunya keperluan untuk meningkatkan kesediaan profesional mereka untuk mengajar matematik / sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa latihan pra-perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan tidak mampu meningkatkan keyakinan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Guru-guru tidal menafikan bahawa perlunya latihan dalam membantu pelajar mempelajari bahasa Inggeris. Secara umumnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa walaupun guru bersedia secara profesional, namun mereka masih memerlukan lebih banyak persediaan dalam mengatasi masalah pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran dalam bahasa Inggeris terutama bagi pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik / sains atau 
kedua-duanya.

ARTIKEL 3: KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH LUAR BANDAR

Ulasan:
Artikel ini menerangkan kajian yang dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai keberkesanan pelaksanaan PdPc Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Kajian ini mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris murid, bahasa Inggeris guru Matematik dan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah temuabual dan soal selidik. Temubual mengandungi soalan bagi menguji penggunaan bahasa Inggeris guru dan penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Soal selidik mengandungi soalan mengenai penggunaan bahasa Inggeris murid dan penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris murid berada pada tahap sederhana dan guru menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar Matematik bergantung kepada kelas yang diajar. Walaubagaimanapun, penggunaan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah tidak begitu digunakan oleh guru dan murid. Beberapa cadangan dan kajian lanjutan diberikan agar dapat meningkatkan lagi pencapaian Matematik dalam bahasa Inggeris iaitu;
1. Kemudahan seperti mesin ATM, kawasan rehat dan surau perlu ditambah untuk memudahkan pelajar menggunakannya perlu lebih banyak dan diselenggara dengan baik.
2. Beberapa kemudahan baru yang dirasakan penting perlu disediakan oleh
3. Tempoh pengajian perlu dipanjangkan bagi membolehkan bilangan kredit yang ditawarkan pada setiap semester dikurangkan supaya tidak membebankan mereka disamping menyusun semula jadual waktu agar lebih sistematik dan mudah diikuti.
4. Pemantauan prestasi pelajar amat perlu dilakukan dengan lebih kerap dan lebih baik
5. Persediaan kepada bakal graduan amatlah diperlukan oleh semua pelajar terutama sekali kepada pelajar tahun akhir.
6. Aktiviti persatuan perlulah diberi perhatian kerana dengan menggalakkan pelajar berpersatuan akan dapat mendedahkan pelajar kepada pergaulan yang akrab antara pelajar.

7. Sebagai sebuah universiti yang berteknologi tinggi, universiti haruslah mencapai status mereka sebagai berteknologi dengan setiap peralatan yang digunakan berteknologi tinggi. Pelajar

Sabtu, 13 Mei 2017

PETA MINDA ISU PENTAKSIRAN

Peta minda isu pentaksiran
 Sila klik di sini untuk melihat gambaran yang lebih jelas

ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

peta minda isu standard pengajaran profesional
sila klik di sini untuk melihat gambaran yang lebih jelas

PETA MINDA ISU KAEDAH PENGAJARAN

Peta minda isu kaedah pengajaran


sila tekan di sini untuk gambar yang lebih jelas

Peta Minda Isu Bahasa Pengantar

Peta minda isu bahasa pengantar. Sila tekan  disini untuk gambar yang lebih jelas.

ISU KEBIMBANGAN MATEMATIK

ARTIKEL 1: Mathematics Anxiety and Its Relationship with the Achievement of Secondary Students in Malaysia

Ulasan:
Artikel ini membincangkan tentang kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar Tingkatan empat di Malaysia. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar sama ada lelaki atau perempuan mempunyai kebimbangangan yang sederhana terhadap matematik. Guru disarankan supaya lebih prihatin terhadap kesan kebimbangan matematik terhadap pencapaian matematik. Mereka perlu berusaha untuk melahirkan persekitaran yang lebih kondusif dalam PdPc metematik agar lebih menarik dan menyeronokkan kepada pelajar. Kajian ini juga menyenaraikan cara-cara yang dicadangkan daripada kajian-kajian lepas bagi mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri pelajar.
1.      Membina persekitaran pembelajaran yang memberi keseronokkan kepada pelajar dan elakkan persekitaran yang membebankan pelajar.
2.      Menggunakan teknik kumpulan kooperatif
3.      Mengajar pelajar berdasarkan kebolehan mereka dan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan.
4.      Memberi galakan dan pujian kepada pelajar supaya mereka lebih yakin dan memotivasikan diri mereka
5.      Mengurangkan ugutan
6.      Tunjukkan sayang, keselesaan, kepercayaan, dan penerimaan kepada pelajar
7.      Menyediakan pemulihan bagi pelajar yang mempunyai masalah.


ARTIKEL 2: Qualitative research approach towards factors associated with mathematics anxiety

Ulasan:

Artikel ini menerangkan tentang kajian tentang kebimbangan matematik dan faktor yang berkait dalam kalangan guru pelatih sekolah rendah di Malaysia. Data qualitatif ini dikumpul dari aspek a) persepsi mereka terhadap matematik b) gambaran mereka terhadap matematik c) perasaan mereka terhadap matematik d) sikap mereka dalam menyelesaikan matematik. Beberapa faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini yang menyumbang kebimbangan matematik dalam diri guru pelatih ialah a) hubungan guru dan pelajar b) stail pengajaran guru c) tekanan peperiksaan dan d)pengaruh ibu bapa dan rakan. Dapatan kajian ini disimpulkan kepada carta alir di bawah.


ARTIKEL 3: Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis

Ulasan:
Artikel ini mengenalpasti faktor penyubang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan kajian dan seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki ketidakseimbangan ini. Peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains berlaku trend penyusutan yang membimbangkan. Sehubungan dengan itu, satu kajian analisis sorotan tesis telah dijalankan ke atas 344 tesis peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran di sembilan buah IPTA dari tahun 2001 hingga 2010. Dapatan kajian menunjukkan ramai pelajar lepasan menengah rendah mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains, minat yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bidang sains dan matematik tetapi kerisauan mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam matapelajaran sains dan matematik dikenalpasti sebagai faktor utama menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak memilih aliran sains di peringkat tingkatan empat dan ke atas. Selain itu, faktor pengajaran guru, sistem penilaian, faktor demografi dan pengurusan sekolah juga menyumbang kepada sebab mengapa pelajar kurang menyertai aliran sains. Sebanyak empat cadangan teras telah diutarakan untuk menangani masalah ini.
1.      Mempertingkatkan penyertaan pelajar dalam aliran sains di peringkat sekolah menengah dan pendidikan tertiari.
2.      Memantapkan mutu kurikulum dan latihan guru
3.      Menyemak semula dan memperkasakan sistem penilaian bagi matapelajaran sains dan matematik
4.      Meningkat dan memantapkan penyelidikan berkaitan pendidikan sains dan matematik

Rabu, 10 Mei 2017

ISU TIMSS dan PISA

ARTIKEL 1: Laporan Trends of International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) 2015

Ulasan:


Laporan ini melaporkan tentang penyertaan Malaysia dalam TIMSS kali ke lima pada tahun 2015. Laporan ini menerangkan realiti pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa. TIMSS dan PISA merupakan pentaksiran pembelajaran peringkat antarabangsa  yang djalankan empat tahun sekali. International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) menawarkan 3 kajian iaitu TIMSS gred 4, TIMSS Gred 8 dan TIMSS Advanced. Malaysia hanya memilih untuk menyertai TIMSS Gred 8 yang disertai oleh murid tingkatan Dua. Kajian TIMSS hanya menfokuskan subjek sains dan matematik sahaja. Instrumen kajian ialah buku ujian (sains dan matematik) dan soal selidik (murid, guru matematik dan sains serta pentadbir sekolah). Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS dengan hasrat untuk melihat keberkesanan pembelajaran sains dan matematik dalam kalangan murid Malaysia dengan negara lain. Sampel dipilih secara rawak yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Swasta. Malaysia berada di tempat ke 22 dalam pencapaian matematik dengan mata perolehan 465 manakala sains berada di tangga yang ke 24 dengan 471 mata pencapaian. Pencapaian ini menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2011 dimana mata sains dan matematik ialah 426 dan 440. Kajian ini juga menerangkan kedudukan negara dalam penandaarasan antarabangsa dimana terdapat empat skala pengukuran iaitu Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi, Penandaarasan Antarabangsa Tinggi, Penandaarasan Antarabangsa Sederhana dan Penandaarasan Antarabangsa Rendah. 31% murid Malaysia yang berada di  Penandaarasan Antarabangsa Rendah, 27% berada di Penandaarasan Antarabangsa Sederhana, 15% berada di Penandaarasan Antarabangsa Tinggi dan 3 % yang berada di Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi dalam subjek matematik sahaja. Kesimpulannya, 58 % pelajar di tahap rendah dan sederhana dan 18% pelajar berada di tahap tinggi dan tertinggi. Laporan ini juga menerangkan factor pencapaian dan inisiatif KPM dalam meningkatkan pencapaian dalam TIMSS.



ISU TIMSS dan PISA


ARTIKEL 2: The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections to TIMSS


Ulasan:
Artikel ini menerangkan bahawa persembahan pelajar singapura merangkul tempat pertama dalam TIMSS mempunyai kaitan dengan kurikulum matematik singapura dan hubungannya. Artikel ini juga mendedahkan tentang system pendidikan di singapura dan komponen penting dalam Singapore Mathematics Curriculum Framework (SMCF). Artikel ini juga menerangkan kebaikan dan kelemahan SMCF. Menurut penyelidik SMCF wajar dikaji kerana 3 sebab iaitu;
    1.      Pelajar gred 8 singapura merupakan ‘top performer’ di seluruh dunia dalam kajian yang dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) from 1995 to 2003.
   2.      Singapura melaksanakan kurikulum yang berbeza bagi setiap kumpulan pelajar yang berbeza tahap kebolehan seperti Belgium (Flemish), Netherlands dan Russian Federation
3.      SMCF sentiasa dipantau dan dilaksanakan oleh guru-guru yang terlatih dan kebanyakan daripada mereka adalah pakar subjek.

Model pentagon SMCF menekankan pengajaran kandungan, proses dan aspek yang berkesan dalam pembelajaran matematik.

Analisis menunjukkan faktor yang mempengaruhi persembahan pelajar
1. 75% pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran.
2. 39% (kategori tinggi) Pelajar yang mempunyai keyakinan diri dalam pembelajaran matematik
3. 63% pelajar mempunyai nilai yang tinggi terhadap matematik.
4. inspirasi pengajian tinggi  (56% ingin mendapat ijazah)
5. masa yang dihabiskan untuk menyiapkan kerja rumah (89% dalam kategori sederhana dan tinggi).
6. sumber mudah diperolehi (88% pelajar dalam kategori tinggi).
7. persekitaran sekolah yang selamat (oleh  91% guru)
8. kurikulum yang berbeza sesuai dengan kemampuan pelajar
9. topik TIMSS yang dikuasai meliputi 80% kurikulum sekolah
10. pemantauan kurikulum matematik yang teliti oleh kementerian. 

ARTIKEL 3: Validating the Interpretations of PISA and TIMSS Tasks: A Rating Study

Ulasan:

Artikel ini menerangkan secara terperinci dan menilai kesahan soalan PISA dan TIMSS. Dalam kajian ini, 12 set ujian PISA dan TIMSS yang melibatkan pembacaan, matematik, sains dan peneylesaian masalah dinilai oleh 34 guru dan 33 pelajar psikologi dari segi tahap kesukaran, rujukan kurikulum, pengetahuan lawan pemikiran, kebolehan membaca, kebolehan verbal, kompetensi matematik, kompetensi sains, penyelesaian masalah, sebab, pengetahuan am dan kepintaran. Kajian ini membuat anggaran bahawa kepintaran adalah sangat penting dalam menyelesaikan soalan PISA berbanding TIMSS. Strategi penyelesaian soalan PISA memerlukan kemahiran berfikir berbanding aplikasi pengetahuan berbeza dengan soalan TIMSS yang memerlukan aplikasi pengetahuan yang lebih berbanding kemahiran berfikir. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa soalan TIMSS adalah lebih spesifik berbanding PISA dan lebih berkait dengan pengetahuan yang berkaitan dalam kurikulum. Analisis soalan PISA menunjukkan tahap kesukaran dan lebih kompleks berbanding soalan TIMSS. TIMSS dinilai sebagai soalan yang memerlukan pengetahuan, aplikasi dan lebih spesifik berbanding soalan PISA.