Blog ini dibina untuk penulisan cerita kawan-kawan saya. Segala cerita, ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar didahulukan dengan ucapan terima kasih. harapan saya agar pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah kami
Sabtu, 27 Mei 2017
Ahad, 14 Mei 2017
ISU PENSIJILAN GURU
ARTIKEL 1: PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang pengaruh kelayakan guru ke atas efikasi
guru-guru sekolah menengah. Tujuannya adalah untuk menentukan pengaruh faktor-faktor
kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap
kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga
dimensi efikasi guru di kalangan guru-guru mengikut jenis latihan guru dan
pengalaman mengajar. Guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan
Malaysia berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding
guru-guru keluaran program lain. Manakala guru-guru yang mempunyai pengalaman
mengajar yang telah melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru-guru yang
kurang berpengalaman. Dapatan kajian yang diperoleh mengenai pengaruh
faktor-faktor kelayakan guru ke atas kepercayaan efikasi guru membolehkan
kalangan pentadbir dan penyelidik mempelajari serta memahami pola perbezaan
efikasi di kalangan guru-guru sekolah menengah. Namun, dapatan kajian terikat
dengan tiga faktor teknikal kajian iaitu reka bentuk persampelan, jenis data
dan lokasi kajian.
ARTIKEL 2: CABARAN GURU
SANDARAN TERLATIH DI SEKOLAH
Ulasan:
Artikel ini menerangkan
tentang cabaran yang dihadapi oleh guru sandaran terlatih (GST) di sekolah. Guru Sandaran Terlatih (GST) menghadapi
pelbagai cabaran terutamanya seorang guru yang baru di tempatkan di sesebuah
sekolah. Kajian ini menfokuskan tinjauan cabaran yang dihadapi oleh GST apabila
ditempatkan di sekolah. Kajian kualitatif ini menggunakan Temu bual,
pemerhatian dan catatan buku rekod dijalankan lima bulan pertama GST berada di
sekolah. Cabaran utama yang dihadapi oleh GST ialah perkara yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan penerimaan komuniti
sekolah. Dapatan kajian ini mendapati GST
tidak bersedia apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan opsyen dan,
mengajar kelas berorientasikan peperiksaan. Semua GST didapati tidak mempunyai
pengetahuan dan tidak berminat apabila ditugaskan mengajar mata pelajaran bukan
opsyen. Tetapi GST didapati mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan
menunjukkan pretasi yang membanggakan dalam pengurusan aktiviti sekolah.
ARTIKEL 3: Tahap
Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam
Bahasa Inggeris
Pautan artikel 3: http://eprints.utm.my/13477/
Ulasan:
Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji masalah seperti tahap kesediaan guru dari segi
penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan diri mereka untuk mengajar subjek
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kajian ini juga mengukur tahap
kompetensi guru dengan tahap penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan
penggunaan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan
Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penggunaan bahasa Inggeris dan
penggunaan bahan bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen). Selain itu,
tiada perbezaan yang signifikan antara faktor penggunaan bahasa Inggeris,
kaedah pengajaran, dan bahan bantu mengajar guru sekolah rendah terhadap
pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut jantina dan perbezaan
antara faktor penggunaan bahasa Ingeris guru sekolah rendah terhadap pengajaran
sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengikut pengalaman mengajar, kaedah
pengajaran, dan bahan bantu mengajar. Manakala, terdapatnya perbezaan kaedah
pengajaran guru sekolah rendah terhadap pengajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris mengikut pengkhususan (opsyen). Kementerian Pelajaran Malaysia
boleh mengambil inisiatif untuk meningkatkan kompetensi guru-guru dengan
mengadakan kursus ataupun bengkel bagi meningkatkan penggunaan dan penguasan
bahasa Inggeris guru yang mengajar matapelajaran sains dan matematik. guru perlu
mempunyai fikiran yang positif dan sanggup mengikuti bengkel-bengkel yang
diadakan untuk meningkatkan tahap kompetensi pengajaran sains dan matematik
mereka berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris.
ISU KURIKULUM
ARTIKEL 1: Memperkasa
pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak- kanak : Kajian
kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA
Negara
Ulasan:
Artikel ini menerangkan kajian yang kebolehintegrasian
pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Kajian ini menerangkan secara
jelas tentang pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) dan PERMATA
Negara. Tujuan kajian adalah untuk menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM
kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska PERMATA dan Kurikulum PERMATA Negara. Kajian
ini juga mengkaji bahawa kesan pendidikan STEM terhadap kebolehan inkuiri,
penerokaan, rekacipta, refleksi, minat, komunikasi, dan kerjasama dalam
kalangan kanak-kanak yang terlibat. Sepuluh Modul STEM telah dibina dan
ditentusahkan oleh pendidik PERMATA dan penyelidik pakar bidang STEM sebelum
digunakan dalam sampel sebenar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan
terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, reflleksi, minat, dan
komunikasi serta semangat kerjasama kanak-kanak. Selain itu,guru yang menerima
latihan STEM menunjukkan peningkatan terhadap aspek pengetahuan, pemahaman,
kemahiran dan keyakinan diri pendidik melaksanakan STEM di taska.
Dapatan-dapatan ini memberi implikasi positif terhadap pelaksanaan STEM di
peringkat awal kanak-kanak. Kajian ini memberi cadangan agar Bahagian Permata
Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana perlu segera
mengintegrasikan STEM ke dalam kurikulum PERMATA dan menyediakan latihan
profesional STEM kepada pendidik-pendidik menerusi penubuhan Jawatankuasa
Pelaksana , penggubalan dasar-dasar yang sesuai , dan penglibatan. Dapatan kajian
ini memberi cadangan agar Kurikulum PERMATA Negara disemak semula dan
diintegrasikan pendidikan STEM untuk kanak-kanak 3-4 tahun.
ARTIKEL 2: Kajian
Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi
Malaysia
Ulasan:
Kajian ini menerangkan tentang penilaian
kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti
Teknologi Malaysia. Satu borang soal selidik dengan skala lima mata digunakan
untuk mengukur empat kategori model CIPP (contexts, input, process dan product).
Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan pelajaran, pengajaran dan
pembelajaran serta kepuasan pelajar. Nilai program, kandungan pelajaran, dan
kepuasan pelajar berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali aspek
pengajaran dan pembelajaran yang kurang memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan
masih terdapat usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan
menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan lebih memuaskan
pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
bergantung kepada guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah di mana ianya
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk
memastikan keadaan pembelajaran sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan
pelajar dan pensyarah.
ARTIKEL 3: Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi
Ulasan:
Artikel
ini menerangkan tentang Pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Proses pendidikan
yang berpanjangan akan mewujudkan sebuah ketamadunan yang megah dengan
berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan
modal insan memerlukan pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan,
kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga –
tiga komponen. Pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling berkaitan
antara satu sama lain. Pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap akan melahirkan
masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan
penciptaannya. Melihat kepada perkaitan ini, pengkaji membuat pengaplikasian
menerusi penerapanan konsep pendidikan bersepaduyang kemudiannya dilanjutkan
kepada proses pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat yang akan
membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran,
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai
konsep mengenal hakikat diri. Proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi
iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat memerlukan masa untuk mencapainya.
Proses ini memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai
Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan masyarakat. Kita
perlu sentiasa komited dan meneruskan usaha yang mendalam bagi menghasilkan
proses integrasi yang berkesan dan mencakupi seluruh aspek untuk membentuk
sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran,
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai
self-actualization.
ISU PENTAKSIRAN
ARTIKEL 1: Penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS sekolah rendah
Pautan artikel 1:
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang penerimaan guru terhadap Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS di
sekolah. Artikel ini juga menerangkan
pandangan guru terhadap pelaksanaan PBS. PBS ialah bentuk pendidikan masa
hadapan yang menggantikan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang
telah diamalkan sebelum ini. Malaysia melaksanaan
PBS agar sistem pendidikan dan pentaksiran pelajar semakin berkualiti dan segala
kebijaksanaan dan pengalaman akan diamalkan mengikut peredaran masa yang
terkini dalam persekitaran mereka. Setiap sistem yang diamalkan pasti mempunyai
kebaikan dan kelemahannya. Kelemahan PBS akan menjadi satu cabaran yang muncul
dari masa ke masa. Kelemahan PBS yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan
untuk menolak pelaksanaan PBS tetapi perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Pada pendapat saya, walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian terhadap
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di Malaysia. Namun, masih terdapat
beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah pun melaksanakan penambahanbaikan terhadap kelemahan yang telah dapat
dikesan dalam pelaksanaan PBS ini.
ARTIKEL 2: Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia
Ulasan:
Artikel
ini menerangkan tentang amalan-amalan pentaksiran pembelajaran pelajar yang
dilaksanakan oleh guru-guru sekolah di Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk
mengkaji amalan yang dilakukan oleh guru-guru sekolah dalam mentaksir pembelajaran
pelajar, membuat perbandingan amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sama
ada sekolah rendah, sekolah menengah dan pra universiti dan amalan pentaksiran
yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran bahasa, Sains dan Matematik dan
lain-lain mata pelajaran. Kajian ini juga mengumpul maklumat
tentang latar belakang guru, latihan dan pengetahuan pentaksiran guru serta
amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. kajian
ini juga memberikan cadangan untuk dijadikan rujukan bagi guru-guru dalam
pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar. Guru perlu memberi
perhatian terhadap kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan
dan mempunyai kemahiran pentaksiran bagi mengamalkan teknik pentaksiran
dengan berkesan.
ARTIKEL 3: Pembinaan
Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah Menengah
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang
pembinaan satu instrument yang diberi nama Instrumen Amalan Pentaksiran Guru
Matematik Sekolah Menengah. Instrument kajian dibina merangkumi dua komponen
utama yang berdasarkan tinjauan literature iaitu: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki
guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen konstruk iaitu kepercayaan dan
nilai guru, pengetahuan, kemahiran, sikap, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada
lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran
yang dijangka, folio A dan folio B. Artikel ini dapat memberi gambaran mengenai
instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah instrument
ini boleh digunakan kerana telah disahkan kebolehpercayaan dan kesahan
menyebabkan instrument ini doleh diterima dan digunakan.
ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL
ARTIKEL 1: Professional Teaching
standards
Ulasan:
Artikel ini
dikeluarkan oleh NSW Institute of Teachers pada tahun 2005 yang menjelaskan
tentang kerangka standard pengajaran professional. standard pengajaran
professional adalah satu kerangka yang dijadikan rujukan utama bagi seseorang
guru dan menerangkan tentang apa yang boleh guru lakukan, menyediakan hala tuju
dan struktur untuk menyokong persediaan guru dan pembangunan guru. Artikel ini
menjelaskan 7 elemen dari kerangka standard pengajaran professional dan dikelaskan
kepada tiga domain pengajaran iaitu pengetahuan professional, amalan professional
dan komitmen profesional. Kerangka ini juga mempunyai key stages iaitu a) guru
ijazah, b) kompetensi secara professional, c) pencapaian professional dan d)
kepimpinan professional. Tujuh elemen yang ditekankan dalam artikel ini ialah
1. Guru mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang kaedah dan kandungan subjek yang diajar
2. Guru mengetahui
pelajar dan stail pembelajaran mereka
3. Guru merancang,
menilai, dan membuat laporan untuk pembelajaran yang efektif
4. Guru berkomunikasi
secara efektif dengan pelajar
5. Guru menggunakan
kemahiran mengurus kelas untuk melahirkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran
yang selamat dan mencabar
6. Guru
meningkatkan secara konsisten pengetahuan dan amalan professional
7. Guru terlibat
secara aktif dalam komuniti bidang profesion mereka
1. Membantu pembangunan kehidupan pelajar dan kemahiran kerjaya
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
3. Memudahkan pembelajaran
4. Menyediakan rancangan pelajaran yang sesuai dan selaras dengan visi sekolah dan misi
5. Membangunkan aras tinggi kemahiran berfikir (KBAT, HOTS)
6. Membangun dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM, BBM, TMK)
7. Meningkatkan nilai etika dan moral
8. Menilai prestasi pelajar
9. Penglibatkan dalam pembangunan profesional
10. Rangkaian dengan pihak berkait terutamanya dengan ibu bapa
11. Menguruskan kebajikan dan tugas pelajar
ARTIKEL 2: Teaching competencies Standards in Southeast Asian
Countries
Ulasan:
Ulasan:
Kajian ini menerangkan 5 domain standard pengajaran
kompeten dalam Negara Asia Tenggara iaitu a) pengetahuan profesional, b)
kemahiran profesional, c) ciri-ciri peribadi, d) standard etika dan nilai
peribadi/ profesional dan e) pembangunan profesional dan pembelajaran sepanjang
hayat. Artikel ini juga menerangkan tentang gap dan isu yang berkaitan dalam
kajian ini. Artikel ini juga menerangkan secara terperinci tentang penilaian
dan sistem pendidikan di Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR,
Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Kajian
ini juga menyenaraikan 11 senarai kompetensi guru iaitu:
1. Membantu pembangunan kehidupan pelajar dan kemahiran kerjaya
2. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
3. Memudahkan pembelajaran
4. Menyediakan rancangan pelajaran yang sesuai dan selaras dengan visi sekolah dan misi
5. Membangunkan aras tinggi kemahiran berfikir (KBAT, HOTS)
6. Membangun dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran (ABM, BBM, TMK)
7. Meningkatkan nilai etika dan moral
8. Menilai prestasi pelajar
9. Penglibatkan dalam pembangunan profesional
10. Rangkaian dengan pihak berkait terutamanya dengan ibu bapa
11. Menguruskan kebajikan dan tugas pelajar
ARTIKEL 3: Standard kompetensi Guru malaysia
Ulasan:
Artikel ini menerangkan secara terperinci system pendidikan di Malaysia dan
perlunya diwujudkan suatu standard kompetensi guru Malaysia. Standard
kompetensi luar negara yang ada boleh dijadikan panduan tetapi perlu
disesuaikan dengan keadaan di Malaysia dengan mengambil kira faktor budaya dan
agama. Objektif yang dicadangkan dalam Standard kompetensi guru Malaysia ialah
1) Mengenal pasti keperluan standard kompetensi dalam tugasan sebagai guru, 2)
Mengenal pasti visi pengembangan tugasan guru, 3) Mengenal pasti kekuatan diri
yang dapat membantu dalam tugasan sebagai guru, 4) Mengenal pasti kekurangan
diri yang perlu dibaiki, 5) Meningkatkan usaha memotivasikan diri ke arah
standard kompetensi, 6) Meningkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan
kemahiran, 7) Meningkatkan martabat profesion perguruan. Artikel ini juga
menerangkan proses yang perlu dilalui oleh bakal guru untuk mendapat kelayakan
sebagai guru. Standard ini mengutamakan empat perkara iaitu a) Pengetahuan professional
(professional knowledge), b) Amalan Profesional (Professional Practice), c) Nilai
Profesional
(Professional Values) dan d) Hubungan Profesional (Professional relationship)
(Professional Values) dan d) Hubungan Profesional (Professional relationship)
TUGASAN1 ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL (PPT)
Pembentangan Isu standard Pengajaran Profesional PPT
sila tekan di sini untuk melihat slaid pembentangan
sila tekan di sini untuk melihat slaid pembentangan
Five Principles of Extraordinary Math Teaching | Dan Finkel |
TEDxRainier: sila klik di sini untuk melihat video
Aktiviti
https://drive.google.com/file/d/0Bye9p1csZlq7WVBoR3VGRWVRUXc/view?usp=sharingsila tekan di sini untik melihat aktiviti menarik trigonometry
ISU KAEDAH PENGAJARAN
ARTIKEL 1: Integrasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Ulasan:
Artikel ini membincangkan kelebihan integrasi teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. Pelajar akan belajar menggunakan
TMK mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Bidang
pendidikan juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Keperluan dan penggunaan TMK dalam sistem pendidikan
tidak dapat dinafikan lagi kelebihannya dan telah banyak dibuktikan dalam
kajian-kajian lepas. Artikel ini juga menyenaraikan strategi mengintegrasikan
teknologi dalam pendidikan iaitu guru memainkan peranan, pengubahsuaian
kurikulum era internet, Pihak sekolah mengawal segala laman-laman web yang
tidak berkenaan, meningkatkan penggunaan
komputer di kalangan guru, penyediaan kemudahan komputer di sekolah, dan
penggunaan pelbagai perkhidmatan luar. Artikel ini juga menyenaraikan
masalah-masalah yang dihadapi dalam mengintegrasikan TMK dalam pendidikan a)
kepakaran guru yang terhad, b) kekurangan khidmat sokongan c) masalah isi
kandungan dalam internet, d) masalah hakcipta, dan e) keperluan untuk menambah
akses internet.
ARTIKEL 2: Persepsi dan amalan
pengajaran guru matematik pengenalan dalam penyelesaian masalah algebra
Ulasan:
Kaedah pengajaran penyelesaian masalah juga sering
digunakan oleh guru dalam masalah Penyelesaian Masalah Algebra (PMA). Kajian ini
telah mengkaji dan mengenal pasti persepsi dan amalan guru terhadap pengajaran
dan pembelajaran PMA di sekolah menengah Malaysia. Seramai 18 orang guru
matematik dipilih dan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur bagi pengumpulan
data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap pengajaran
PMA di sekolah adalah penting dan utama dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Mereka juga berpendapat, konsep algebra perlu diajar dengan cara
yang berkesan agar mudah difahami pelajar. Kebanyakan guru didapati mengamalkan
pengajaran menggunakan model Polya yang melibatkan empat langkah dalam
pengajaran PMA untuk menyelesaikan masalah matematik. Walau bagaimanapun,
terdapat strategi baru yang mereka terokai bersama guru matematik lain seperti
kaedah praktikal dan simulasi. Guru juga percaya pengajaran PMA ini mampu untuk
memupuk pelajar berfikir pada aras yang tinggi. Kesimpulannya, amalan
pengajaran yang dipamerkan oleh guru sangat penting dalam membantu pelajar mengukuhkan
dan meningkatkan kemahiran pembelajaran PMA. Pelajar juga perlu memahami konsep
terlebih dahulu dahulu sebelum menyelesaikan soalan aplikasi seperti
penyelesaian masalah.
ARTIKEL 3: Penyelesaian Masalah bagi
persamaan serentak menggunakan perisian Excel dalam kalangan murid Tingkatan
Empat
Ulasan:
Kajian kes ini merupakan kajian yang menggunakan dua
kaedah pengajaran secara serentak iaitu penyelesaian matematik dan TMK. Kajian
ini telah mengenal pasti cara murid tingkatan empat menyelesaikan masalah
persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Dua aspek telah diberi tumpuan
bagi menjawab persoalan kajian iaitu proses dan strategi yang digunakan murid
untuk menyelesaikan masalah persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Data
dikumpul menggunakan Aktiviti Sebelum Menggunakan Excel, Aktiviti Selepas
Menggunakan Excel, temu bual dan catatan pengkaji. Proses penyelesaian masalah kajian
ini mencakupi empat fasa yang dicadangkan oleh Polya (1945) iaitu memahami
masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan perancangan dan semakan. Dapatan
kajian mendapati sebilangan murid melihat aktiviti penyelesaian masalah fokus
kepada mendapatkan jawapan akhir semata-mata tanpa mencari makna di setiap
jawapan tersebut dengan melakukan semak semula. Kajian juga menunjukkan murid
menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah dalam Aktiviti Selepas
Menggunakan Excel berbanding dengan aktiviti pra. kelebihan perisian Excel membantu murid menghubungkaitkan
antara sifat graf dengan penyelesaian persamaan serentak.
ISU BAHASA PENGANTAR
ARTIKEL 1: Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP)
Ulasan:
Artikel ini menerangkan Dual Language Programme (DLP) secara terperinci dan panduan melaksanakannya di sekolah. Garis panduan DLP ini dibina dengan tujuan segala urusan pelaksanaan DLP lebih teratur, seragam, cekap dan berkesan. DLP merupakan salah satu inisiatif dalam mencapai Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). DLP merupakan satu program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kriteria sekolah yang ingin melaksanakan DLP perlu a) mempunyai sumber yang mencukupi, b) Pengetua/Guru Besar/Guru bersedia untuk melaksanakan DLP, c) Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa, dan d) Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tugasan DLP akan diagihkan kepada beberapa golongan iaitu a) Pengetua / Guru Besar (PGB), b) PPD, c) JPN, d) Guru, e) ibu bapa dan f) PIBG.
kedua-duanya.
ARTIKEL 2: The preparation of Malaysian teachers in implementing of teaching and learning of Mathematics and Science in English
Ulasan:
Artikel ini menerangkan kajian yang dijalankan semasa perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak tahun 2003 sebelum dimansuhkan pada tahun 2012. Bahasa pengantar menggunakan bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik. Perlaksanaan PPSMI memerlukan guru yang bersedia secara profesional untuk mengajar menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini membuat kajian terhadap persepsi guru sains dan matematik dalam usaham persediaan profesional. Satu instrumen yang diberi nama “Teachers Perception Towards the Professional Preparation to Teach Mathematics/Science in English” dibina dan diuji dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan latihan pra-perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan adalah mencukupi sebagai persediaan profesional mereka. Walau bagaimanapun, guru-guru mengakui perlunya keperluan untuk meningkatkan kesediaan profesional mereka untuk mengajar matematik / sains dalam bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa latihan pra-perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan tidak mampu meningkatkan keyakinan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris. Guru-guru tidal menafikan bahawa perlunya latihan dalam membantu pelajar mempelajari bahasa Inggeris. Secara umumnya, kajian ini juga menunjukkan bahawa walaupun guru bersedia secara profesional, namun mereka masih memerlukan lebih banyak persediaan dalam mengatasi masalah pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran dalam bahasa Inggeris terutama bagi pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik / sains atau kedua-duanya.
ARTIKEL 3: KEBERKESANAN
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI
SEKOLAH LUAR BANDAR
Ulasan:
Artikel ini menerangkan kajian yang dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas
mengenai keberkesanan pelaksanaan PdPc Matematik dalam bahasa Inggeris di
sekolah luar bandar. Kajian ini mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris murid,
bahasa Inggeris guru Matematik dan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh
pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa
Inggeris. Data kajian dikumpul menggunakan
kaedah temuabual dan soal selidik. Temubual mengandungi soalan bagi menguji
penggunaan bahasa Inggeris guru dan penggunaan bahan dan kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di
dalam bahasa Inggeris. Soal selidik mengandungi soalan mengenai penggunaan bahasa
Inggeris murid dan penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah membantu meningkatkan kefahaman Matematik di dalam bahasa Inggeris. Dapatan
kajian menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris murid berada pada tahap sederhana
dan guru menggunakan bahasa Inggeris semasa mengajar Matematik bergantung
kepada kelas yang diajar. Walaubagaimanapun, penggunaan kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah tidak begitu digunakan oleh guru dan murid.
Beberapa cadangan dan kajian lanjutan diberikan agar dapat meningkatkan lagi
pencapaian Matematik dalam bahasa Inggeris iaitu;
1. Kemudahan seperti mesin ATM, kawasan rehat dan surau perlu ditambah
untuk memudahkan pelajar menggunakannya perlu lebih banyak dan diselenggara
dengan baik.
2. Beberapa kemudahan baru yang dirasakan penting perlu disediakan oleh
3. Tempoh pengajian perlu dipanjangkan bagi membolehkan bilangan kredit
yang ditawarkan pada setiap semester dikurangkan supaya tidak membebankan
mereka disamping menyusun semula jadual waktu agar lebih sistematik dan mudah
diikuti.
4. Pemantauan prestasi pelajar amat perlu dilakukan dengan
lebih kerap dan lebih baik
5. Persediaan kepada bakal graduan amatlah diperlukan oleh semua pelajar
terutama sekali kepada pelajar tahun akhir.
6. Aktiviti persatuan perlulah diberi perhatian kerana dengan menggalakkan
pelajar berpersatuan akan dapat mendedahkan pelajar kepada pergaulan yang akrab
antara pelajar.
7. Sebagai sebuah universiti yang berteknologi tinggi, universiti haruslah
mencapai status mereka sebagai berteknologi dengan setiap peralatan yang
digunakan berteknologi tinggi. Pelajar
Sabtu, 13 Mei 2017
ISU STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL
peta minda isu standard pengajaran profesional
sila klik di sini untuk melihat gambaran yang lebih jelas
sila klik di sini untuk melihat gambaran yang lebih jelas
Peta Minda Isu Bahasa Pengantar
Peta minda isu bahasa pengantar. Sila tekan disini untuk gambar yang lebih jelas.
ISU KEBIMBANGAN MATEMATIK
ARTIKEL 1: Mathematics
Anxiety and Its Relationship with the Achievement of Secondary Students in
Malaysia
Ulasan:
Artikel ini membincangkan tentang kebimbangan matematik
dan hubungannya dengan pencapaian pelajar Tingkatan empat di Malaysia. Dapatan
kajian ini menunjukkan pelajar sama ada lelaki atau perempuan mempunyai
kebimbangangan yang sederhana terhadap matematik. Guru disarankan supaya lebih
prihatin terhadap kesan kebimbangan matematik terhadap pencapaian matematik.
Mereka perlu berusaha untuk melahirkan persekitaran yang lebih kondusif dalam
PdPc metematik agar lebih menarik dan menyeronokkan kepada pelajar. Kajian ini
juga menyenaraikan cara-cara yang dicadangkan daripada kajian-kajian lepas bagi
mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri pelajar.
1. Membina persekitaran pembelajaran yang memberi
keseronokkan kepada pelajar dan elakkan persekitaran yang membebankan pelajar.
2. Menggunakan teknik kumpulan kooperatif
3. Mengajar pelajar berdasarkan kebolehan mereka
dan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan.
4. Memberi galakan dan pujian kepada pelajar
supaya mereka lebih yakin dan memotivasikan diri mereka
5. Mengurangkan ugutan
6. Tunjukkan sayang, keselesaan, kepercayaan, dan
penerimaan kepada pelajar
7. Menyediakan pemulihan bagi pelajar yang
mempunyai masalah.
ARTIKEL 2: Qualitative
research approach towards factors associated with mathematics anxiety
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang kajian tentang
kebimbangan matematik dan faktor yang berkait dalam kalangan guru pelatih
sekolah rendah di Malaysia. Data qualitatif ini dikumpul dari aspek a) persepsi
mereka terhadap matematik b) gambaran mereka terhadap matematik c) perasaan
mereka terhadap matematik d) sikap mereka dalam menyelesaikan matematik. Beberapa
faktor yang dikenalpasti dalam kajian ini yang menyumbang kebimbangan matematik
dalam diri guru pelatih ialah a) hubungan guru dan pelajar b) stail pengajaran
guru c) tekanan peperiksaan dan d)pengaruh ibu bapa dan rakan. Dapatan kajian
ini disimpulkan kepada carta alir di bawah.
ARTIKEL 3: Faktor penyumbang kepada kemerosotan
penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis
Ulasan:
Artikel ini mengenalpasti faktor penyubang kepada
kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan kajian
dan seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki
ketidakseimbangan ini. Peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains berlaku
trend penyusutan yang membimbangkan. Sehubungan dengan itu, satu kajian
analisis sorotan tesis telah dijalankan ke atas 344 tesis peringkat sarjana dan
ijazah kedoktoran di sembilan buah IPTA dari tahun 2001 hingga 2010. Dapatan kajian
menunjukkan ramai pelajar lepasan menengah rendah mempunyai kelayakan yang
diperlukan untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains, minat yang tinggi dan
sikap yang positif terhadap bidang sains dan matematik tetapi kerisauan
mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam
matapelajaran sains dan matematik dikenalpasti sebagai faktor utama menyebabkan
ramai dalam kalangan mereka tidak memilih aliran sains di peringkat tingkatan
empat dan ke atas. Selain itu, faktor pengajaran guru, sistem penilaian, faktor
demografi dan pengurusan sekolah juga menyumbang kepada sebab mengapa pelajar kurang
menyertai aliran sains. Sebanyak empat cadangan teras telah diutarakan untuk
menangani masalah ini.
1. Mempertingkatkan penyertaan pelajar dalam aliran
sains di peringkat sekolah menengah dan pendidikan tertiari.
2. Memantapkan mutu kurikulum dan latihan guru
3. Menyemak semula dan memperkasakan sistem
penilaian bagi matapelajaran sains dan matematik
4. Meningkat dan memantapkan penyelidikan berkaitan
pendidikan sains dan matematik
Rabu, 10 Mei 2017
ISU TIMSS dan PISA
ARTIKEL 1: Laporan Trends of
International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) 2015
Ulasan:
Laporan ini melaporkan
tentang penyertaan Malaysia dalam TIMSS kali ke lima pada tahun 2015. Laporan
ini menerangkan realiti pencapaian pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa.
TIMSS dan PISA merupakan pentaksiran pembelajaran peringkat antarabangsa yang
djalankan empat tahun sekali. International
Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) menawarkan 3 kajian iaitu TIMSS
gred 4, TIMSS Gred 8 dan TIMSS Advanced. Malaysia hanya memilih untuk menyertai
TIMSS Gred 8 yang disertai oleh murid tingkatan Dua. Kajian TIMSS hanya
menfokuskan subjek sains dan matematik sahaja. Instrumen kajian ialah buku
ujian (sains dan matematik) dan soal selidik (murid, guru matematik dan sains
serta pentadbir sekolah). Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS dengan hasrat
untuk melihat keberkesanan pembelajaran sains dan matematik dalam kalangan
murid Malaysia dengan negara lain. Sampel dipilih secara rawak yang terdiri
daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah
Menengah Agama dan Sekolah Menengah Swasta. Malaysia
berada di tempat ke 22 dalam pencapaian matematik dengan mata perolehan 465
manakala sains berada di tangga yang ke 24 dengan 471 mata pencapaian.
Pencapaian ini menunjukkan sedikit peningkatan dari tahun 2011 dimana mata
sains dan matematik ialah 426 dan 440. Kajian ini juga menerangkan kedudukan
negara dalam penandaarasan antarabangsa dimana terdapat empat skala pengukuran iaitu Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi,
Penandaarasan Antarabangsa Tinggi, Penandaarasan Antarabangsa Sederhana dan
Penandaarasan Antarabangsa Rendah. 31% murid Malaysia yang berada di
Penandaarasan Antarabangsa Rendah, 27% berada di Penandaarasan
Antarabangsa Sederhana, 15% berada di Penandaarasan Antarabangsa Tinggi dan 3 %
yang berada di Penandaarasan Antarabangsa Tertinggi dalam subjek matematik
sahaja. Kesimpulannya, 58 % pelajar di tahap rendah dan sederhana dan 18%
pelajar berada di tahap tinggi dan tertinggi. Laporan ini juga menerangkan
factor pencapaian dan inisiatif KPM dalam meningkatkan pencapaian dalam TIMSS.
ISU TIMSS dan PISA
ARTIKEL 2: The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections to TIMSS
Ulasan:
Artikel ini menerangkan bahawa persembahan pelajar singapura merangkul tempat pertama dalam TIMSS mempunyai kaitan dengan kurikulum matematik singapura dan hubungannya. Artikel ini juga mendedahkan tentang system pendidikan di singapura dan komponen penting dalam Singapore Mathematics Curriculum Framework (SMCF). Artikel ini juga menerangkan kebaikan dan kelemahan SMCF. Menurut penyelidik SMCF wajar dikaji kerana 3 sebab iaitu;
1. Pelajar gred 8 singapura merupakan ‘top performer’ di seluruh dunia dalam kajian yang dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) from 1995 to 2003.
2. Singapura melaksanakan kurikulum yang berbeza bagi setiap kumpulan pelajar yang berbeza tahap kebolehan seperti Belgium (Flemish), Netherlands dan Russian Federation
3. SMCF sentiasa dipantau dan dilaksanakan oleh guru-guru yang terlatih dan kebanyakan daripada mereka adalah pakar subjek.
Model pentagon SMCF menekankan pengajaran kandungan, proses dan aspek yang berkesan dalam pembelajaran matematik.
Analisis menunjukkan faktor yang mempengaruhi persembahan pelajar
1. 75% pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran.
2. 39% (kategori tinggi) Pelajar yang mempunyai keyakinan diri dalam pembelajaran matematik
3. 63% pelajar mempunyai nilai yang tinggi terhadap matematik.
4. inspirasi pengajian tinggi (56% ingin mendapat ijazah)
5. masa yang dihabiskan untuk menyiapkan kerja rumah (89% dalam kategori sederhana dan tinggi).
6. sumber mudah diperolehi (88% pelajar dalam kategori tinggi).
7. persekitaran sekolah yang selamat (oleh 91% guru)
8. kurikulum yang berbeza sesuai dengan kemampuan pelajar
9. topik TIMSS yang dikuasai meliputi 80% kurikulum sekolah
10. pemantauan kurikulum matematik yang teliti oleh kementerian.
ARTIKEL 3: Validating the Interpretations of PISA and TIMSS Tasks: A
Rating Study
Ulasan:
Artikel ini menerangkan secara
terperinci dan menilai kesahan soalan PISA dan TIMSS. Dalam kajian ini, 12 set
ujian PISA dan TIMSS yang melibatkan pembacaan, matematik, sains dan peneylesaian
masalah dinilai oleh 34 guru dan 33 pelajar psikologi dari segi tahap
kesukaran, rujukan kurikulum, pengetahuan lawan pemikiran, kebolehan membaca,
kebolehan verbal, kompetensi matematik, kompetensi sains, penyelesaian masalah,
sebab, pengetahuan am dan kepintaran. Kajian ini membuat anggaran bahawa
kepintaran adalah sangat penting dalam menyelesaikan soalan PISA berbanding
TIMSS. Strategi penyelesaian soalan PISA memerlukan kemahiran berfikir
berbanding aplikasi pengetahuan berbeza dengan soalan TIMSS yang memerlukan
aplikasi pengetahuan yang lebih berbanding kemahiran berfikir. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa soalan TIMSS adalah lebih spesifik berbanding PISA dan
lebih berkait dengan pengetahuan yang berkaitan dalam kurikulum. Analisis soalan
PISA menunjukkan tahap kesukaran dan lebih kompleks berbanding soalan TIMSS. TIMSS
dinilai sebagai soalan yang memerlukan pengetahuan, aplikasi dan lebih spesifik
berbanding soalan PISA.
Langgan:
Catatan (Atom)