Artikel 1: faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan.
Ulasan:
Artikel ini membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar tahun empat dalam subjek mekanik mesin lepasan diploma dan matrikulasi. Kajian ini menekankan tiga persoalan iaitu sikap, pengetahuan pelajar dan kemahiran belajar yang ditentukan melalui kaedah soal selidik. Hasil temu ramah dalam kajian ini menyatakan pensyarah mengklasifikasikan sikap pelajar politeknik lebih matang dari segi pemikiran dalam pelajaran namun kurang berdisiplin berbanding pelajar matrikulasi. Pelajar lepasan matrikulasi tidak dapat bekerjasama dengan baik dalam tugasan berkumpulan berbeza dengan pelajar lepasan politeknik yang dapat melakukan tugasan mereka dengan lebih baik berkaitan mata pelajaran kejuruteraan. Tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar lepasan politeknik mempunyai pengalaman dan mudah memahami konsep-konsep kejuruteraan jika dibandingkan dengan pelajar lepasan matrikulasi yang tidak berpengalaman. Hasil kajian ini membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan pelajar ini terhadap faktor sikap dan kemahiran belajar. Tetapi, tiada perbezaan yang signifikan terhadap faktor pengetahuan pelajar antara dua kumpulan ini. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan pelajar dengan pencapaian akademik bagi pelajar lepasan diploma politeknik manakala didapati pelajar lepasan matrikulasi tiada hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar dengan pencapaian akademik.

ARTIKEL 2: Impact of the teachers, behavior on the academic achievement of university students
Ulasan:
Artikel ini menilai tahap kemiskinan dan tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah tentang peluang dan cabaran pendidikan yang dihadapi ketua isi rumah miskin luar bandar. Artikel ini juga turut menerangkan prestasi pendidikan anak-anak dalam kalangan isi rumah miskin luar bandar. Kajian ini telah melibatkan 230 orang responden dan didapati masyarakat melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius yang turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kebanyakan ketua keluarga masyarakat melayu luar bandar ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak-anak sekarang untuk masa hadapan mereka. Mereka mendapat bantuan dari keluarga terdekat dan sekolah untuk menghantar ke kelas tuisyen berbayar. Kesimpulannya, kekurangan individu untuk mendapat pendidikan yang sempurna memyebabkan mereka terus berada dalam zon kemiskinan dibuktikan dalam artikel ini. Oleh itu, penekanan pendidikan sejak dari awal dalam mengajar dan melatih masyarakat yang tergolong dalam kalangan miskin di luar bandar mampu mambantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan.
ARTIKEL 3: Penerimaan ibu yang memiliki anak retardasi mental di Sekolah Luar biasa Yayasan Pembinaan Anak Cacat (SLB YPAC) Padang
Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang penelitian terhadap penerimaan tiga orang ibu yang memiliki anak yang mengalami gangguan retardasi mental. Saya tertarik dengan artikel ini kerana artikel ini membincang masalah ibu yang mempunyai anak yang kurang upaya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bentuk penerimaan dan faKtor-faktor yang membantu penerimaan ibu yang memiliki anak retardasi mental di SLB YPAC Padang. Hanya seorang dari tiga subjek dalam penelitian ini yang terbuka dan menerima gangguan retardasi mental yang dialami oleh anaknya. Hal ini dibuktikan dengan penerima ibu memenuhi sepuluh aspek iaitu
1)kecemasan yang minimal terhadap kehadiran anak,
2) Pembelaan diri yang minimal terhadap keterbatasan anak,
3) tiada indikasi menolak anak,
4) mengawal perkembangan anak,
5) tuntutan kematangan pada anak,
6) komunikasi yang jelas antara satu sama lain,
7) asuhan ibu terhadap anak,
8) penilaian ibu terhadap kelemahan anak,
9) sikap menghargai dari ibu,
10) mengenalpasti keperluan anak agar berdikari.
Berdasarkan keterangan dan data dari artikel ini menunjukkan dua subjek yang lain tidak menerima kelemahan anaknya sepenuhnya di mana mereka hanya memenuhi sembilan dan lima dari sepuluh aspek. Faktor-faktor yang membantu ibu menerima kelemahan anak mereka ialah faktor agama dan respon anak terhadap ibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan