ARTIKEL 3: Impact of the teachers’ behaviour on the academic achievement of university students
Ulasan:
Artikel ini menerangkan secara terpeinci tentang impak perangai pensyarah terhadap pencapaian mahasiswa. Kajian ini dijalankan di sektor awam dan sektor swasta yang melibatkan 375 pensyarah dan 1500 mahasiswa. Impak tingkah laku pensyarah memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian akademik mahasiswa kerana tingkah laku yang positif atau negatif mampu memberi kesan atau tidak. Artikel ini menunjukkan kebanyakkan pensyarah menyatakan mereka bangga menjadi seorang pensyarah dan mereka menyesuaikan diri mereka dengan situasi dan keadaan di universiti. Mereka juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dengan menyertai aktiviti-aktiviti professional malah mereka menyediakan pengajaran mereka sebelum memulakan kuliah. Kebanyakkan pensyarah dan pelajar bersetuju pensyarah menggunakan teknik motivasi dan pelbagai teknik pengajaran untuk mengajar secara efektif. Artikel ini menunjukkan bahawa pensyarah memfokuskan kearah pembinaan karakter mahasiswa dengan menghubungkan subjek dengan kehidupan mahasiswa. Kebanyakkan mahasiswa juga bersetuju bahawa pensyarah memberi komen yang membina dan sanggup membimbing mereka. Kebanyakan pelajar menyatakan pensyarah menyediakan maklumat yang relevan semasa menerangkan perihal-perihal subjek. Hubungan antara tingkah laku pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar berkorelasi secara signifikan. Semakin positif tingkah laku pensyarah semakin meningkat pencapaian akademik pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan