Isnin, 13 Mac 2017

ISU AKSES DAN EKUITI

ARTIKEL 2: 

Peluang dan cabaran pendidikan dalam kalangan masyarakat luar Bandar: satu kajian kes isi rumah melayu miskin di jajahan Bachok, Kelantan.


Ulasan:

Artikel ini menilai tahap kemiskinan dan tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah tentang peluang dan cabaran pendidikan yang dihadapi ketua isi rumah miskin luar bandar. Artikel ini juga turut menerangkan prestasi pendidikan anak-anak dalam kalangan isi rumah miskin luar bandar. Kajian ini telah melibatkan 230 orang responden dan didapati masyarakat melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius  yang turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kebanyakan ketua keluarga masyarakat melayu luar bandar ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak-anak sekarang untuk masa hadapan mereka. Mereka mendapat bantuan dari keluarga terdekat dan sekolah untuk menghantar ke kelas tuisyen berbayar. Kesimpulannya, kekurangan individu untuk mendapat pendidikan yang sempurna memyebabkan mereka terus berada dalam zon kemiskinan dibuktikan dalam artikel ini. Oleh itu, penekanan pendidikan sejak dari awal dalam mengajar dan melatih masyarakat yang tergolong dalam kalangan miskin di luar bandar mampu mambantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan