Khamis, 23 Mac 2017

ISU JURANG DALAM PENCAPAIAN

Artikel 1: faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan.

Ulasan:
Artikel ini membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar tahun empat dalam subjek mekanik mesin lepasan diploma dan matrikulasi. Kajian ini menekankan tiga persoalan iaitu sikap, pengetahuan pelajar dan kemahiran belajar yang ditentukan melalui kaedah soal selidik. Hasil temu ramah dalam kajian ini menyatakan pensyarah mengklasifikasikan sikap pelajar politeknik lebih matang dari segi pemikiran  dalam pelajaran namun kurang berdisiplin berbanding pelajar matrikulasi. Pelajar lepasan matrikulasi tidak dapat bekerjasama dengan baik dalam tugasan berkumpulan berbeza dengan pelajar lepasan politeknik yang dapat melakukan tugasan mereka dengan lebih baik berkaitan mata pelajaran kejuruteraan. Tidak dapat dinafikan kebanyakan pelajar lepasan politeknik mempunyai pengalaman dan mudah memahami konsep-konsep kejuruteraan jika dibandingkan dengan pelajar lepasan matrikulasi yang tidak berpengalaman. Hasil kajian ini membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan pelajar ini terhadap faktor sikap dan kemahiran belajar. Tetapi, tiada perbezaan yang signifikan terhadap faktor pengetahuan pelajar antara dua kumpulan ini. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan pelajar dengan pencapaian akademik bagi pelajar lepasan diploma politeknik manakala didapati pelajar lepasan matrikulasi tiada hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar dengan pencapaian akademik. 



ARTIKEL 2: Impact of the teachers, behavior on the academic achievement of university students

Ulasan:
Artikel ini menilai tahap kemiskinan dan tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah tentang peluang dan cabaran pendidikan yang dihadapi ketua isi rumah miskin luar bandar. Artikel ini juga turut menerangkan prestasi pendidikan anak-anak dalam kalangan isi rumah miskin luar bandar. Kajian ini telah melibatkan 230 orang responden dan didapati masyarakat melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius  yang turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kebanyakan ketua keluarga masyarakat melayu luar bandar ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak-anak sekarang untuk masa hadapan mereka. Mereka mendapat bantuan dari keluarga terdekat dan sekolah untuk menghantar ke kelas tuisyen berbayar. Kesimpulannya, kekurangan individu untuk mendapat pendidikan yang sempurna memyebabkan mereka terus berada dalam zon kemiskinan dibuktikan dalam artikel ini. Oleh itu, penekanan pendidikan sejak dari awal dalam mengajar dan melatih masyarakat yang tergolong dalam kalangan miskin di luar bandar mampu mambantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan.   



ARTIKEL 3: Penerimaan ibu yang memiliki anak retardasi mental di Sekolah Luar biasa Yayasan Pembinaan Anak Cacat (SLB YPAC) Padang

Ulasan:
Artikel ini menerangkan tentang penelitian terhadap penerimaan tiga orang ibu yang memiliki anak yang mengalami gangguan retardasi mental. Saya tertarik dengan artikel ini kerana artikel ini membincang masalah ibu yang mempunyai anak yang kurang upaya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bentuk penerimaan dan faKtor-faktor yang membantu penerimaan ibu yang memiliki anak retardasi mental di SLB YPAC Padang. Hanya seorang dari tiga subjek dalam penelitian ini yang terbuka dan menerima gangguan retardasi mental yang dialami oleh anaknya. Hal ini dibuktikan dengan penerima ibu memenuhi sepuluh aspek iaitu
1)kecemasan yang minimal terhadap kehadiran anak,
2) Pembelaan diri yang minimal terhadap keterbatasan anak,
3) tiada indikasi menolak anak,
4) mengawal perkembangan anak,
5) tuntutan kematangan pada anak,
6) komunikasi yang jelas antara satu sama lain,
7) asuhan ibu terhadap anak,
8) penilaian ibu terhadap kelemahan anak,
9) sikap menghargai dari ibu,
10) mengenalpasti keperluan anak agar berdikari. 
Berdasarkan keterangan dan data dari artikel ini menunjukkan dua subjek yang lain tidak menerima kelemahan anaknya sepenuhnya di mana mereka hanya memenuhi sembilan dan lima dari sepuluh aspek. Faktor-faktor yang membantu ibu menerima kelemahan anak mereka ialah faktor agama dan respon anak terhadap ibu. 

Rabu, 15 Mac 2017

Peta minda isu jurang dalam pencapaian

Peta minda ini dibina untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang isu jurang dalam pencapaian. Peta minda ini dibina berdasarkan pembentangan, perbincangan di dalam kuliah dan forum kumpulan.


sila klik di sini untuk peta minda yang lebih jelas.


Selasa, 14 Mac 2017

ISU AKSES DAN EKUITI

ARTIKEL 3: Impact of the teachers’ behaviour on the academic achievement of university students


Ulasan:

Artikel ini menerangkan secara terpeinci tentang impak perangai pensyarah terhadap pencapaian mahasiswa. Kajian ini dijalankan di sektor awam dan sektor swasta yang melibatkan 375 pensyarah dan 1500 mahasiswa. Impak tingkah laku pensyarah memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian akademik mahasiswa kerana tingkah laku yang positif atau negatif mampu memberi kesan atau tidak. Artikel ini menunjukkan kebanyakkan pensyarah menyatakan mereka bangga menjadi seorang pensyarah dan mereka menyesuaikan diri mereka dengan situasi dan keadaan di universiti. Mereka juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dengan menyertai aktiviti-aktiviti professional malah mereka menyediakan pengajaran mereka sebelum memulakan kuliah. Kebanyakkan pensyarah dan pelajar bersetuju pensyarah menggunakan teknik motivasi dan pelbagai teknik pengajaran untuk mengajar secara efektif. Artikel ini menunjukkan bahawa pensyarah memfokuskan kearah pembinaan karakter mahasiswa dengan menghubungkan subjek dengan kehidupan mahasiswa. Kebanyakkan mahasiswa juga bersetuju bahawa pensyarah memberi komen yang membina  dan sanggup membimbing mereka. Kebanyakan pelajar menyatakan pensyarah menyediakan maklumat yang relevan semasa menerangkan perihal-perihal subjek. Hubungan antara tingkah laku pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar berkorelasi secara signifikan. Semakin positif tingkah laku pensyarah semakin meningkat pencapaian akademik pelajar. 

Isnin, 13 Mac 2017

ISU AKSES DAN EKUITI

ARTIKEL 2: 

Peluang dan cabaran pendidikan dalam kalangan masyarakat luar Bandar: satu kajian kes isi rumah melayu miskin di jajahan Bachok, Kelantan.


Ulasan:

Artikel ini menilai tahap kemiskinan dan tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah tentang peluang dan cabaran pendidikan yang dihadapi ketua isi rumah miskin luar bandar. Artikel ini juga turut menerangkan prestasi pendidikan anak-anak dalam kalangan isi rumah miskin luar bandar. Kajian ini telah melibatkan 230 orang responden dan didapati masyarakat melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius  yang turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kebanyakan ketua keluarga masyarakat melayu luar bandar ini mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan anak-anak sekarang untuk masa hadapan mereka. Mereka mendapat bantuan dari keluarga terdekat dan sekolah untuk menghantar ke kelas tuisyen berbayar. Kesimpulannya, kekurangan individu untuk mendapat pendidikan yang sempurna memyebabkan mereka terus berada dalam zon kemiskinan dibuktikan dalam artikel ini. Oleh itu, penekanan pendidikan sejak dari awal dalam mengajar dan melatih masyarakat yang tergolong dalam kalangan miskin di luar bandar mampu mambantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan.

ISU AKSES DAN EKUITI

ARTIKEL 1: Penerimaan ibu yang memiliki anak retardasi mental di Sekolah Luar biasa Yayasan Pembinaan Anak Cacat (SLB YPAC) Padang

Ulasan:

Artikel ini menerangkan tentang penelitian terhadap penerimaan tiga orang ibu yang memiliki anak yang mengalami gangguan retardasi mental. Saya tertarik dengan artikel ini kerana artikel ini membincang masalah ibu yang mempunyai anak yang kurang upaya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bentuk penerimaan dan faKtor-faktor yang membantu penerimaan ibu yang memiliki anak retardasi mental di SLB YPAC Padang. Hanya seorang dari tiga subjek dalam penelitian ini yang terbuka dan menerima gangguan retardasi mental yang dialami oleh anaknya. Hal ini dibuktikan dengan penerimaan ibu yang memenuhi sepuluh aspek iaitu
1)kecemasan yang minimal terhadap kehadiran anak,
2) Pembelaan diri yang minimal terhadap keterbatasan anak,
3) tiada indikasi menolak anak,
4) control terhadap perkembangan anak,
5) tuntutan kematangan pada anak,
6) komunikasi yang jelas antara satu sama lain,
7) asuhan ibu terhadap anak,
8) penilaian ibu terhadap kelemahan anak,
9) sikap menghargai dari ibu,
10) mengenalpasti keperluan anak agar berdikari. 

Berdasarkan keterangan dan data dari artikel ini menunjukkan dua subjek yang lain tidak menerima kelemahan anaknya sepenuhnya di mana mereka hanya memenuhi sembilan dan lima dari sepuluh aspek. Faktor-faktor yang membantu ibu menerima kelemahan anak mereka ialah faktor agama dan respon anak terhadap ibu. 

Ahad, 12 Mac 2017

Peta minda isu akses dan ekuiti


Peta minda ini dibina untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang isu akses dan ekuiti. Peta minda ini dibina berdasarkan pembentangan, perbincangan di dalam kuliah dan forum kumpulan.


sila klik di sini untuk peta minda yang lebih jelas.